Malay Bahasa Melayu
            Institut Transformasi Sosial Dan Pembangunan Wilayah          

Kursus e-Pemasaran Shopee

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah
(TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) telah menganjurkan Kursus e-Pemasaran
Lazada secara atas talian dengan kerjasama Pejabat
Pembangunan Perniagaan (BizDO) dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ).
Sebahagian peserta adalah dibawah tajaan Yayasan
Maghfirah, yang terdiri daripada pelajar/alumni UTHM
di dalam kategori B40, peserta asnaf/usahawan asnaf
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
dan peserta dalam kategori B40 yang telah melalui
proses temuduga bersama pihak TRANSFORM untuk
memastikan peserta menepati kriteria yang ditetapkan
dan peserta mempunyai minat yang mendalam untuk
menceburi bidang e-keusahawanan ini. Kursus ini turut
dihadiri oleh peserta-peserta yang memohon secara
atas talian, staf UTHM dan peserta daripada Universiti
Malaya yang telah ditaja oleh Pusat Kebolehpasaran
Graduan, Keusahawanan & Pembangunan Pelajar,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Malaya.


Kursus ini memberikan pendedahan bagaimana peserta
kursus ingin berniaga di Lazada, membuka kedai dan
menjalankan perniagaan secara atas talian dengan
menggunakan aplikasi Lazada.

Pihak TRANSFORM ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Tuan Kapten (B) Zainol bin Rashid, yang
telah dijemput sebagai penceramah pada hari ini.
Terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa
berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman, tips dan
strategi berniaga di Lazada yang sangat membantu
para peserta kursus.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan
memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang
kursus ini dijalankan. Di akhir kursus, objektif
TRANSFORM untuk memperlengkapkan pengetahuan
dan kemahiran digital kepada semua peserta kursus
untuk membuka kedai menggunakan aplikasi Lazada
telah tercapai dengan jayanya.

 

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor
+607 – 453 7543 / 7440  +607 – 453 6995   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.www.transform.uthm.edu.my


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Lokasi

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768. Pejabat TRANSFORM ©Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ® 2022. Hak cipta terpelihara.