Malay Bahasa Melayu
            Institut Transformasi Sosial Dan Pembangunan Wilayah          

INSTITUT TRANSFORMASI SOSIAL DAN PEMBANGUNAN WILAYAH (TRANSFORM)

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah atau nama singkatannya TRANSFORM ditubuhkan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Senat Universiti. TRANSFORM ditubuhkan pada 30 Disember 2015. Penubuhan TRANSFORM adalah selaras dengan perkembangan di universiti-universiti luar negara yang memberi fokus kepada transformasi sosial dan pembangunan wilayah.
TRANSFORM ditubuhkan adalah bertujuan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, perundingan dan penerbitan dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah dan bagi menjana pendapatan untuk universiti melalui penyelidikan kontrak, perundingan dan program latihan. Pusat ini juga adalah untuk mewujudkan jaringan kepakaran dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah di peringkat nasional dan global di samping menawarkan program kursus pendek dan latihan.
TRANSFORM boleh memainkan peranan dalam mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang dan holistik dengan menyediakan pendekatan yang berorientasikan "bottom-up". Melalui pendekatan ini, pembangunan dilihat sebagai "collective learning" dengan melibatkan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam kajian dan perancangan.

 

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor
+607 – 453 7543 / 7440  +607 – 453 6995   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.www.transform.uthm.edu.my


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hak Cipta | Lokasi

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768. Pejabat TRANSFORM ©Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ® 2022. Hak cipta terpelihara.