KATA ALUAN PENGARAH
Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato' / Prof. / Tuan / Puan melayari laman sesawang Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
TRANSFORM menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti menjalankan penyelidikan, aktiviti perundingan, persidangan, penerbitan dan latihan serta kursus dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah. Selain itu, institut ini juga mewujudkan rangkaian kepakaran dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah di peringkat kebangsaan dan global serta menawarkan pelbagai latihan awal.
Untuk memenuhi program, persidangan dan aktiviti-aktiviti, kami memberi jaminan bahawa TRANSFORM akan terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan serta bantuan dalam meningkatkan kemahiran menulis dan pembangunan keseluruhan pelanggan kami. Kami juga berusaha untuk menilai dengan teliti, memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dalam kapasiti dan kecerdasan mereka, dan juga objektif pelanggan dan organisasi yang terlibat. Kami juga berusaha untuk meningkatkan penglibatan pelanggan menerusi pembentukan, promosi, latihan penulisan, kepimpinan dan penyelidikan latihan kemahiran serta pelbagai program yang dikendalikan. Hubungi dan sertai kami di talian (+60) 7453 7440, laman facebook atau e-mel ke
Terima kasih.
Dr. ZAHRUL AKMAL BIN DAMIN
Pengarah
Insitut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
(+60) 7453 7440