Skip to main content

Logo TRANSFORM

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)


Logo Transform

  • Transformasi insan dan masyarakat berlandaskan paradigma tauhid.
  • Pembangunan wilayah yang lestari dan inklusif.
  • Perpaduan antara ilmu, nilai dan tindakan.
  • Komitmen kepada kesejahteraan, ketulusan dan keberanian intelektual.

Warna

Biru muda

R:0

G:164

B:225

R:15

G:72

B:159

Melambangkan keterbukaan, komunikasi berkesan dan harapan masa depan. Warna ini juga dikaitkan dengan inovasi dan pemikiran progresif.


Biru tua

R:35

G:64

B:94

R:15

G:36

B:63

Simbol kepada kebijaksanaan, profesionalisme dan integriti. Ia mencerminkan kedalaman ilmu dan kepercayaan terhadap kepimpinan yang berwibawa.


Merah Muda

R:199

G:143

B:142

R:181

G:106

B:103

Mewakili empati, kasih sayang dan kepedulian sosial. Ia menunjukkan semangat prihatin dan pendekatan yang lembut dalam menangani isu kemasyarakatan.


Bentuk

Rama-rama

Mewakili simbol transformasi menyeluruh, kebebasan dan harapan. Perubahan semula jadi dari kepompong kepada rama-rama menggambarkan proses transformasi sosial melalui penyelidikan dan latihan.


Kelopak daun / bunga

Melambangkan pertumbuhan, pencerahan dan pembangunan lestari. Bentuk kelopak yang sedang mekar mencerminkan perkembangan insan secara menyeluruh, selaras dengan pendekatan holistik TRANSFORM.

Logo direka oleh : Prof. Madya Dr. Amran bin Harun, Dr. Norizan Binti Rameli dan Cik Nor Azila Binti Nor Azaman