KATA ALUAN PENGARAH
Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato' / Prof. / Tuan / Puan melayari Laman Web Pejabat TRANSFORM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM) menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti menjalankan penyelidikan, aktiviti perundingan, persidangan, penerbitan dan latihan serta kursus dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah, menghasilkan pendapatan untuk universiti melalui penyelidikan kontrak dan perundingan. Selain itu, pusat ini juga mewujudkan rangkaian kepakaran dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah di peringkat kebangsaan dan global serta menawarkan pelbagai latihan awal.
Untuk memenuhi program, persidangan dan aktiviti-aktiviti TRANSFORM, kami memberi jaminan bahawa pejabat TRANSFORM akan terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan dan bantuan dalam meningkatkan kemahiran menulis dan pembangunan keseluruhan pelanggan kami. Kami juga berusaha untuk menilai dengan teliti, memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dalam kapasiti dan kecerdasan mereka, dan juga objektif pelanggan dan organisasi-organisasi yang terlibat. Kami juga berusaha untuk meningkatkan penglibatan pelanggan menerusi pembentukan, promosi, latihan penulisan, kepimpinan dan penyelidikan latihan kemahiran serta pelbagai program yang dikendalikan. Hubungi dan sertai kami di laman facebook atau e-mel ke
Terima kasih.
ZAHRUL AKMAL BIN DAMIN
Pengarah
Insitut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
(+60) 7453 8699