Buletin
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)
- 9 Mei 2024
- 28 Mei 2024
- 6 Jun 2024
- 11 Julai 2024
- 29 Julai 2024
- 23 - 24 Ogos 2024
- 4 september 2024
- 5 September 2024
- 5 September 2024
- 8 September 2024
- 10 - 14 September 2024
- 2 - 3 Oktober 2024
- 23 Oktober 2024
- 23 Oktober 2024
- 1 Disember 2024
9 Mei 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Artificial Intelligence (AI) dan Sains Sosial pada 9 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat TRANSFORM, Blok B1, UTHM.
Bengkel ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Staf dan Felo Penyelidik TRANSFORM UTHM tentang konsep pelaksanaan AI dan Sains Sosial bagi meningkatkan kemahiran yang diberikan dengan keperluan semasa untuk memastikan setiap staf sentiasa berada pada tahap kompetensi yang cemerlang. Serta menjadikan semua Staf dan Felo Penyelidik di TRANSFORM mahir dalam penggunaan teknologi AI dan diaplikasikan dalam tugasan hariannya mengikut keperluan semasa.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Omar iaitu Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, UTHM. Seramai enam (6) orang peserta yang telah menyertai bengkel ini iaitu Pengarah TRANSFORM, Timbalan Pengarah TRANSFORM, tiga (3) orang Felo Penyelidik TRANSFORM dan seorang Pembantu Tadbir TRANSFORM.
28 Mei 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalankan temu bual bersama Pengurusan Tertinggi sempena Penerbitan Coffee Table Book Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) pada 28 Mei 2024 bertempat di KPRJ, Iskandar Puteri, Johor.
Antara Pengurusan Tertinggi KPRJ yang ditemu bual ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ iaitu Dato' Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi KPRJ iaitu Encik Zainal Abidin bin Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan KPRJ iaitu Encik Khairudin bin Hasan dan Ketua Sektor Perancangan Strategik KPRJ iaitu Tn. Hj. Mohd Shahrin bin Dato' Haji Rahmat.
Temu bual ini diketuai oleh Pengarah TRANSFORM iaitu Dr. Zahrul akmal bin Damin dan dibantu oleh tiga (3) orang Felo Penyelidik TRANSFORM iaitu Dr. Shahidah binti Hamzah, Dr. Norizan binti Rameli dan Dr. Mimi Nahariah Azwani binti Mohamed.
Pada 7 April 2024 TRANSFORM UTHM telah berjaya memperoleh geran bernilai RM38,280.00 (RM: Tiga Puluh Lapan Ribu Dua Ratus Lapan Puluh Sahaja) dalam penerbitan Coffee Table Book KPRJ untuk merakamkan kisah kejayaan KPRJ sempena 30 tahun penubuhannya untuk dilancarkan pada tahun 2025.
6 Jun 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Micro-Credential kepada Staf dan Felo Penyelidik TRANSFORM UTHM Pada 6 Jun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat TRANSFORM, Blok B1, UTHM. Bengkel ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Staf dan Felo Penyelidik TRANSFORM UTHM yang terlibat tentang Pembangunan Micro-Credential bagi meningkatkan kemahiran dan memastikan setiap staf sentiasa berada pada tahap kompetensi yang cemerlang. Serta menjadikan semua peserta mahir dan dapat menjadi pakar dalam sesuatu bidang melalui program Micro-Credential.
11 Julai 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Sesi Perkongsian "Food Security: Challenges & Collaborative Solutions" pada 11 Julai 2024. Sesi perkongsian ini dijalankan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams dan telah disampaikan oleh Dr. Zahrul Akmal bin Damin, Pengarah TRANSFORM UTHM. Seramai 63 orang peserta yang turut hadir dalam menjayakan sesi perkongsian ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk semua peserta.
29 Julai 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Bengkel dan Latihan Pembinaan Laman Web pada 29 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat TRANSFORM, Blok B1, UTHM.
Bengkel ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi pendedahan kepada staf di TRANSFORM UTHM tentang pembinaan laman web yang lebih efisien. Serta untuk membincangkan dan memantapkan laman web TRANSFORM berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh universiti.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Zaree bin Johar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (TBK), Bahagian Teknologi Pendigitalan, Pusat Teknologi Maklumat. Bengkel ini juga telah melibatkan Pengarah TRANSFORM, seorang Felo Penyelidik, seorang Pembantu Tadbir dan seorang pelajar latihan industri di TRANSFORM.
23 - 24 Ogos 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menyertai pertemuan bersama Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi (LLDIKTI) Wilayah X di Jambi, Indonesia.
Menurut Timbalan Pengarah TRANSFORM iaitu Dr. Hjh. Fauziah Ani, tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan kerjasama penyelidikan bersama, penganjuran seminar dan mempromosikan pengajian pascasiswazah di UTHM.
Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Mohd Zaky Noh iaitu Dekan Pusat Pengajian Siswazah UTHM dan Dr. Shahidah Hamzah iaitu Felo Penyelidik TRANSFORM UTHM.
4 september 2024
TRANSFORM UTHM telah mengadakan perbincangan di SK Peserai bagi membincangkan tentang kerjasama yang boleh dijalankan bersama.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Felo Penyelidik TRANSFORM iaitu Dr. Mimi Nahariah Azwani binti Mohamed. Turut serta dalam perbincangan ini ialah Guru Besar SK Peserai iaitu Encik Mohd Nazri bin Samad, Penyelaras HiP Inggeris iaitu Puan Nurul Syazwani, dan Penyelaras Progarm Literasi dan KP Bahasa Inggeris iaitu Puan Mudlifah.
5 September 2024
TRANSFORM UTHM telah mengadakan Lawatan Kerjasama ke Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Selatan, Jabatan Pertanian Malaysia pada 5 September 2024.
Kehadiran ini telah disambut oleh Pengarah PLPP Wilayah Selatan iaitu Puan Juliawaty Sulaiman. Tujuan kunjungan ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama dengan PLPP. Beberapa persetujuan awal telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak.
5 September 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan Perbincangan bersama Ketua Komuniti Kampung Dato’ Ibrahim Majid berhubung Geran Sejati Madani. Hasil perbincangan mendapati bahawa persetujuan awal telah disepakati namun ia terpaksa ditunda kerana isu yang dihadapi oleh komuniti.
8 September 2024
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi dengan kerjasama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kursus Kajian Impak Sosial dan Ekonomi.
Kursus yang dilaksanakan di Pejabat Pendaftar ini melibatkan 26 orang terdiri daripada Felo Penyelidik, Felo Penyelidik Bersekutu dan beberapa orang pensyarah daripada Fakulti.
Kursus ini disampaikan oleh Prof. Dr. Zulkefly bin Abdul Karim iaitu Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi - Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk mendalami model, tumpuan, elemen dan pengukuran bagi kajian impak sosial dan ekonomi. Selain itu, penceramah turut menyajikan peluang-peluang penyelidikan terkini menerusi geran-geran yang ditawarkan kerajaan.
10 - 14 September 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah melaksanakan kajian Persepsi Politik dan Pola Pengundian di DUN N.29 Mahkota.
Seramai 5 orang pengkaji dan 7 enumerator telah terlibat dalam kajian lapangan ini. Hasil dapatan kajian ini telah dibentangkan di hadapan Prof. Dato’ Naib Canselor pada 18 September 2024 (Rabu) dan Yang Berhormat Menteri KPT pada 19 September 2024 (Khamis).
2 - 3 Oktober 2024
Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah TRANSFORM, UTHM iaitu Dr. Zahrul Akmal bin Damin dan disambut oleh Pengarah InsPeK, UMK iaitu Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail.
Tujuan Lawatan Penanda Aras ini adalah untuk membuat penambahbaikan berterusan dalam mempelajari dan menyesuaikan amalan terbaik dalam bidang penyelidikan dan perundingan kepada staf di TRANSFORM.
Selain itu, delegasi juga mengadakan lawatan ke tapak projek InsPeK, UMK iaitu penternakan ayam kacuk di Bachok, perusahaan ikan lunak di Pasir Puteh dan perusahaan ikan bekok di Tumpat.
23 Oktober 2024
Satu autoreviu telah dilaksanakan di Perpustakaan Gunasama Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Ia melibatkan autoreviu hasil penulisan Dr. Zahrul Akmal bin Damin berhubung buku bertajuk Menjunjung Kedaulatan Berpasak Keamanan: Biografi SM (B) Hj. Damin bin Hadis.
Dr. Zahrul Akmal bin Damin iaitu Pengarah Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah bertindak sebagai moderator sementara Hj. Damin iaitu ayahnya berperanan sebagai ahli panel undangan.
Kupasan buku ini telah didengari oleh pelajar UTHM, pelajar Kolej Vokasional (KV) Pagoh dan pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh. Ia merupakan Kerjasama di antara Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), TRANSFORM dan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK).
23 Oktober 2024
Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama STKIP Al-Azhar Diniyyah Jambi, Indonesia pada 23 Oktober 2024 secara atas talian. Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilakukan dan diketuai oleh Felo Penyelidik TRANSFORM iaitu Dr. Mimi Nahariah Azwani binti Mohamed.
1 Disember 2024
Kekosongan jawatan Timbalan Pengarah TRANSFORM telah diisi semula oleh penyandang iaitu Prof. Madya Dr. Fadillah binti Ismail untuk tempoh berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 hingga 31 Disember 2026. Penyerahan watikah perlantikan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan diiringi Dr. Zahrul Akmal bin Damin, Pengarah TRANSFORM.
