Skip to main content

Buletin

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)


1 Januari 2025

Kekosongan jawatan Pengarah TRANSFORM telah diisi semula oleh penyandang iaitu Dr. Zahrul Akmal Bin Damin. Penyerahan watikah perlantikan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah Binti Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Perlantikan ini adalah selama dua tahun iaitu sehingga 31 Disember 2026.

1 Januari 2025

TRANSFORM dengan kerjasama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menerima dana kajian berjumlah RM 19,980 daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Dana ini adalah untuk menjayakan Kajian Awal Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Mukim Benut, Pontian, Johor. Kajian ini diketuai oleh Dr. Hjh. Fauziah binti Ani.

2 Januari 2025

TRANSFORM telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama di antara TRANSFORM dan INTAN Wilayah Selatan. Kunjungan ini telah diketuai oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Damin dan turut bersama ialah Prof. Madya Dr. Fadillah Binti Ismail, Dr. Hjh. Fauziah Binti Ani, Dr. Shahidah Binti Hamzah dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Kehadiran TRANSFORM telah disambut oleh Pn. Iszalhamiyah Binti Mohamed (Pengarah) disertai oleh Pn. Ruzana Binti Ruslan (Timbalan Pendaftar Wilayah) dan Pn. Aidil Hasinah Binti Abu Bakar (Ketua Penyelaras Latihan). Kunjungan ini telah berjaya mengenal pasti beberapa prospek kerjasama untuk dijayakan pada tahun 2025.

7 Januari 2025

TRANSFORM telah menerima kunjungan hormat daripada ASD Training & Consultancy. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik di antara ASD Training & Consultancy dan TRANSFORM. Selain itu, kerjasama ini dilakukan untuk membuka laluan rangkaian kepada TRANSFORM untuk mengakses rakan strategik ASD Training & Consultancy. Terimaan kunjungan ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadillah Binti Ismail dan turut bersama adalah Dr. Zahrul Akmal Bin Damin dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Kehadiran ASD Training & Consultancy telah diketuai oleh Tn. Sohaimi Bin Daud dan turut bersama ialah Tn. Hamizan, Tn. Raja dan En. Syazwan. Turut hadir adalah Pengarah Keselamatan UTHM, wakil Pusat kaunseling UTHM dan Felo Penyelidik (Bersekutu) TRANSFORM. Satu Letter of Intent (LoI) telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak di akhir sesi.

9 Januari 2025

TRANSFORM telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama di antara TRANSFORM dan KKTM Sri Gading. Kunjungan TRANSFORM telah diketuai oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Hj. Damin dan turut bersama ialah Dr. Hjh. Fauziah Binti Ani, Dr. Shahidah Binti Hamzah dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Kehadiran TRANSFORM telah disambut oleh En. Zainuddin Bin Zakaria (Timbalan Pengarah) disertai oleh Ts. Lelasari Bin Ali dan En. Mohd Khairuddin Bin Abd Majid. Kunjungan ini telah berjaya mengenal pasti beberapa prospek kerjasama untuk dijayakan pada tahun 2025.

15 Januari 2025

TRANSFORM telah menerima kunjungan daripada Ikatan Muafakat Batu Pahat (I’M BP) iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan program bertajuk Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda yang disasarkan kepada 30 mahasiswa UTHM. Program ini dirancang diadakan pada 15 Februari 2025 dan penyaluran dana sebanyak RM 1,475.00 dibuat oleh NGO berkenaan. Terimaan kunjungan ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadillah Binti Ismail dan turut bersama adalah Dr. Zahrul Akmal Bin Damin. Kehadiran I’M BP telah diwakili oleh. En. Azam. Turut hadir adalah wakil kelab pelajar Fakulti Pengurusan dan Teknologi Perniagaan (FPTP) Saudara Shafik.

15 Januari 2025

TRANSFORM telah mengadakan mesyuarat pelarasan perlaksanaan sesi pengumpulan data awal di Pejabat Pegawai Daerah Pontian. Mesyuarat ini bertujuan untuk membuat perlarasan kaedah dan jadual pengumpulan data bagi PROSPEK yang berlangsung pada 24 Januari 2025 hingga 23 Mac 2025. Mesyuarat yang dihadiri oleh Dr. Hjh. Fauziah Binti Ani daripada TRANSFORM turut dihadiri oleh penyelidik bersama iaitu Dr. Sara Shakilah daripada UPSI. Projek yang dibiayai oleh KEJORA ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah, Pegawai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Pengurus Pembangunan Sosial KEJORA, Pengarah Perikanan Pontian, Pegawai Veterinar Muar, Penghulu dsb.

17 Januari 2025

TRANSFORM telah menerima kunjungan daripada Jabatan Keselamatan UTHM. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kursus-kursus yang berkeperluan tinggi untuk staf Jabatan Keselamatan UTHM dengan kerjasama ASD Training & Consultancy yang dijangka dibuat bermula pada bulan Julai 2025. Terimaan kunjungan ini telah diketuai oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Damin dan turut bersama adalah Prof. Madya Dr. Fadillah Binti Ismail. Kehadiran Jabatan Keselamatan UTHM telah diketuai oleh En. Mohamad Razid Bin Kasaok dan turut bersama ialah En. Abd. Shukur Bin Mutalib.

16 Januari 2025

Lawatan tapak ke kampung terpilih bagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) merupakan sebahagian daripada kajian awal yang bertujuan mendapatkan gambaran besar atau pemahaman umum mengenai sesuatu isu, situasi, atau kawasan kajian sebelum pelaksanaan penuh projek pembangunan ekonomi kampung. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman awal mengenai keadaan sosioekonomi kampung-kampung terlibat dan menganalisis cabaran dan peluang dalam melaksanakan projek pembangunan ekonomi kampung.

22 Januari 2025

TRANSFORM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama di antara TRANSFORM dan ADTEC Batu Pahat. Kunjungan TRANSFORM telah diketuai oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Damin dan turut bersama ialah Prof. Madya Dr. Fadillah Binti Ismail dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Kehadiran TRANSFORM telah disambut oleh Ts. Mohamad Noor Bin Ismail (Timbalan Pengarah) disertai oleh Ts. Hjh. Nor Azlina Binti Ismail, Mimi Nora Binti Mohd Noh, Ts. Kantan a/l Saminathan, Ts Nur AzuaBinti Rahim dan Tc S. Rosli Bin Hasan. Kunjungan ini telah berjaya mengenal pasti prospek kerjasama untuk dijayakan pada tahun 2025.

23 Januari 2025

TRANSFORM telah diberi amanah oleh Universiti untuk mengetuai task force penyediaan kertas kerja hala tuju UTHM sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat berkonsepkan University of The 3rd Age (U3A) di peringkat Wilayah Selatan. Kertas kerja konsep ini dibentangkan oleh YBhg. Prof. Dr. Shahruddin Bin Mahzan @ Mohd Zin (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa) di hadapan YBhg. Datin Dr. Syahira Binti Hamidon iaitu Timbalan Pengarah (Pendidikan), Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi. Pembentangan ini telah dipersetujui Kementerian Ekonomi dan UTHM diminta untuk menyediakan kertas kerja penuh.

24 - 26 Januari 2025

Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat UTHM telah menganjurkan bengkel pemerkasaan hubungan industri dan masyarakat di Hotel New York, Johor Bahru selama tiga hari. TRANSFORM telah diwakili oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Damin. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan yang jelas dalam membentuk kerjasama di peringkat industri dan masyarakat luar UTHM.

28 Januari 2025

TRANSFORM telah mengadakan kunjungan ke Balai Dato’ Undang Luak Johol di Johol, Negeri Sembilan. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan pembentangan draf akhir buku Pengetahuan Lokal dan Dinamika Budaya Melayu di Johol. Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk mendapatkan pengesahan bagi kandungan draf akhir buku daripada Dato’-Dato’ Adat di Johol. Kunjungan ini telah diketuai oleh Dr. Hjh. Fauziah Binti Ani dan turut bersama adalah Dr. Zahrul Akmal Bin Damin, Dr. Shahidah Binti Hamzah dan Dr. Nur Azah Binti Razali. Penyerahan cek bernilai RM 15,000 oleh Dato’ Undang Luak Johol turut diserahkan kepada TRANSFORM.

4 Februari 2025

TRANSFORM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah Binti Ahmad iaitu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Tujuan pertemuan adalah untuk melakukan pembentangan awal bagi kertas kerja penyelidikan dalaman UTHM sebagaimana yang dipinta oleh YB Prof. Dato’ Naib Canselor. Kunjungan TRANSFORM telah diketuai oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Hj. Damin dan turut bersama ialah Dr. Norizan Binti Rameli dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Kajian Penglibatan Staf UTHM Dalam Sukan dan Kajian Amalan Terbaik Badan Beruniform Di UTHM.

6 - 7 Februari 2025

TRANSFORM telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik dan Hala Tuju TRANSFORM Tahun 2025 di New York Hotel, Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2025 antaranya perundingan, penyelidikan, penerbitan dan pembangunan staf.

13 Februari 2025

TRANSFORM telah turut bersama dalam kunjungan hormat ke Port of Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah yang diketuai oleh Prof. Madya Sr. Dr. Abdul Jalil Bin Omar daripada Institut Harta Tanah Malaysia (MyRei). TRANSFORM telah diwakili oleh PM Dr. Fadillah Binti Ismail. Kehadiran delegasi UTHM telah disambut oleh Ir. Jamal Bin Abu Bakar, En. Mohd Azhari Bin Mohd Sirat dan En. Zahrulhisham Bin Damin. Kunjungan ini telah berjaya mengenal pasti prospek kerjasama untuk dilaksanakan pada tahun 2025.

15 Februari 2025

TRANSFORM dengan kerjasama Kelab Penduduk Inisiatif Anak Muda Batu Pahat telah menganjurkan Bengkel Demokrasi: Suara Orang Muda di Dewan al-Farabi UTHM. Seramai 30 orang pelajar UTHM telah terlibat di dalam bengkel ini dan ia merupakan program yang ditaja oleh I’M BP iaitu sebuah NGO dengan kos RM 1,475.00

18 Februari 2025

TRANSFORM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bersama YB Prof. Dato’ Naib Canselor iaitu YB Prof. Ir. Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim. Tujuan pertemuan adalah untuk melakukan pembentangan bagi kertas kerja penyelidikan dalaman UTHM. Kunjungan TRANSFORM telah diketuai oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Hj. Damin dan turut bersama ialah Dr. Norizan Binti Rameli dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu Kajian Penglibatan Staf UTHM Dalam Sukan dan Kajian Amalan Terbaik Badan Beruniform Di UTHM.

18 - 19 Februari 2025

TRANSFORM dengan kerjasama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan UNOYA telah mengadakan kursus Precision Data Management: From Basics to Brilliance di KPRJ. Seramai 25 orang yang terdiri daripada staf KPRJ dan ONOYA telah menyertai kursus ini yang ditaja oleh KPRJ dan UNOYA. Pelantikan Felo Penyelididik Bersekutu TRANSFORM sebagai rakan kerjasama dan penceramah dilihat mampu melebarkan jaringan bagi tujuan perundingan di masa hadapan selain ia untuk memenuhi aktiviti MoU.

20 Februari 2025

TRANSFORM telah mewakili UTHM untuk ke mesyuarat pemula cadangan pelaksanaan projek rintis konsortium Universiti Era Ketiga (U3A) yang diadakan di Kementerian Ekonomi, Putrajaya. TRANSFORM telah dihadiri oleh Dr. Zahrul Akmal Bin Damin dan Dr. Mimi Nahariah Azwani Binti Mohamed. Mesyuarat bersetuju untuk memilih 3 universiti iaitu Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai peneraju projek rintis untuk menjayakan U3A. Mesyuarat menetapkan setiap Universiti perlu mencadangkan program bagi menjayakan U3A berdasarkan kekuatan Universiti masing-masing.

24 - 25 Februari 2025

TRANSFORM dengan kerjasama ASD Training & Consultancy telah mengadakan kursus Pengendalian Operasi Bilik Gerakan Krisis Kod ISPS di Lembaga Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. Seramai 30 orang yang terdiri daripada Marine Facility Security Officer dan Marine Transport Security Officer telah menyertai kursus ini yang ditaja oleh Lembaga Pelabuhan Johor dan ASD Training & Consultancy. Pelantikan Felo Penyelididk TRANSFORM sebagai rakan kerjasama dan penceramah dilihat mampu melebarkan jaringan bagi tujuan perundingan di masa hadapan.

28 Februari 2025

TRANSFORM telah menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UTHM. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dari aspek bimbingan dan rujukan kepakaran. Kehadiran MPP UTHM telah diketuai oleh Saudara Muhamad Amir Luqman Bin Mohamad Alwi (NYDP I) dan turut bersama ialah Saudara Sagadran a/l Thevan Nair dan Muhamad Haikal Bin Mohamed Nadzri. Kunjungan ini telah berjaya mengenal pasti prospek kerjasama untuk dijayakan pada tahun 2025.

5 Mac 2025

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan pada 5 Mac 2025. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik di antara TRANSFORM UTHM dan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan. Kunjungan daripada TRANSFORM telah diketuai oleh Timbalan Pengarah TRANSFORM iaitu Prof. Madya Dr. Fadillah binti Ismail.

5 Mac 2025

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menghadiri taklimat Workspace bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok A4, UTHM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nadirul Hasraf bin Mat Nayan, Ketua Jabatan Perancangan Strategik, Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko (PSPR).Taklimat ini bertujuan supaya semua staf pengurusan dan pelaksana di TRANSFORM dapat berinteraksi di atas talian bagi tujuan arahan kerja dan pelaksanaan bagi mendukung objektif TRANSFORM.

5 Mac 2025

Semua staf di Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menghadiri Sesi Perkongsian Transformasi SPEED bertempat di Bilik Mesyuarat TRANSFORM, Blok B1, UTHM. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Zahrul Akmal bin Damin, Pengarah TRANSFORM. Sesi perkongsian ini dilaksanakan supaya setiap ahli yang hadir dapat memperolehi pengetahuan asas berkaitan SPEED.

11 Mac 2025

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan program pengembangan ke pembangunan guru kerjasama antara TRANSFORM UTHM dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Peserai. Kunjungan TRANSFORM telah diketuai oleh Dr. Mimi Nahariah Azwani binti Mohamed. Kehadiran TRANSFORM telah disambut oleh Pen PPD Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Batu Pahat iaitu Encik Mohd Fauzi bin Idris disertai oleh Encik Mohd Yazi bin Jasman dan Puan Raihani binti Esa.