Skip to main content

KHIDMAT KOMUNITI

Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM)


KHIDMAT KOMUNITI

4 April 2024 - Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Menjayakan Aktiviti Khidmat Masyarakat @ Semai Kasih Gemalai Budi Ramadan Al-Kareem 1445H

TRANSFORM UTHM pada hari ini telah menjayakan Program Semai Kasih Gemalai Budi Ramadan Al-Kareem 1445H di kawasan sekitar Parit Raja. Program ini yang mendapat kerjasama daripada Ketua Kampung Parit Raja telah melibatkan 12 orang warga emas dan tergolong dalam kumpulan B40 untuk menerima sumbangan. Sekian.


5 Januari 2022 - Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memulakan tahun baharu 2022 dengan menjayakan Program Peduli Warga Emas (PPWE). Pengerusi program berkenaan Dr. Zahrul Akmal Damin berkata, “PPWE dijayakan hasil kerjasama TRANSFORM UTHM dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Johor, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Zon Selatan, Penghulu Mukim 8 Sri Gading dan Ketua Kampung Parit Raja”.

Program yang diadakan bertujuan untuk menyantuni warga emas ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah TRANSFORM Dr. Fauziah Ani, Pengarah YKN Zon Selatan Puan Nurul Zahrawaini Mohamad Nordin dan Penghulu Mukim 8 Sri Gading Encik Mohammad Azar Aziz. Seramai 25 orang warga emas telah disantuni menerusi program ini apabila menerima sumbangan daripada pihak YADIM dan YKN. Secara simbolik, lima orang daripadanya telah menerima sumbangan berupa bakul makanan dan kelengkapan perlindungan diri di Kompleks Penghulu Mukim 8 serta lima orang lagi menerima sumbangan di rumah masing-masing.


9 Mei 2021 - Program ‘Semai Kasih Gemalai Budi Ramadhan Al-Kareem 1442 H’.

Ramadhan Al-Kareem adalah satu bulan yang terlalu banyak keberkatannya. Menjadi satu kerugian jika keberkatan-keberkatan yang tersedia ini tidak dimanfaatkan. Atas matlamat itu maka Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), UTHM bersama Jawatankuasa Penaja Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTHM dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Parit Raja telah dengan jayanya menganjurkan satu program menyantuni warga-warga emas terpilih dalam Parlimen Sri Gading; secara khususnya di sekitar Parit Raja pada 5 Mei 2021. Di dalam program ini, penganjur telah menyerahkan sejumlah 25 set sumbangan mengandungi barangan keperluan asas dan set kuih raya kepada 25 orang warga emas. Daripada mereka warga emas yang uzur sehinggalah mereka yang ibu tunggal.

YBrs. Prof. Madya Dr. Amran bin Harun, Pengarah Institut TRANSFORM, UTHM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penaja PAWE UTHM telah menyampaikan sendiri sumbangan. Turut mengiringi beliau dalam program ini ialah Tuan Hj. Majdan bin Jamain, Ketua Kampung Parit Raja dan beberapa ahli jawatankuasa penganjuran program.

Program ‘Semai Kasih Gemalai Budi Ramadhan Al-Karem 1442H’ ini turut telah mendapat sokongan yang baik daripada penyumbang-penyumbang yang terdiri daripada warga UTHM sendiri, RBB Food Supply Enterprise, Raihanaz Beauty Centre dan Deenur Sejati Enterprise dan tidak ketinggalan sumbangan diterima daripada individu-individu di luar Universiti yang prihatin. TRANSFORM, Jawatankuasa Penaja PAWE UTHM dan JPKK Kampung Parit Raja mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program CSR ini.