Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah atau nama singkatannya TRANSFORM ditubuhkan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Senat Universiti. TRANSFORM ditubuhkan pada 30 Disember 2015. Penubuhan TRANSFORM adalah selaras dengan perkembangan di universiti-universiti luar negara yang memberi fokus kepada transformasi sosial dan pembangunan wilayah.
TRANSFORM ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, perundingan dan penerbitan dalam bidang transformasi sosial serta pembangunan wilayah dan bagi menjana pendapatan untuk universiti melalui penyelidikan kontrak, perundingan dan program latihan. Institut ini juga adalah untuk mewujudkan jaringan kepakaran dalam bidang transformasi sosial dan pembangunan wilayah di peringkat nasional dan global di samping menawarkan program kursus pendek dan latihan.
TRANSFORM boleh memainkan peranan dalam mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang dan holistik dengan menyediakan pendekatan yang berorientasikan "bottom-up". Melalui pendekatan ini, pembangunan dilihat sebagai "collective learning" dengan melibatkan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam kajian dan perancangan.